Ahad, 13 Jun 2010
Pertimbangan Aqli dan Qalbi
Pertimbangan Aqli dan Qalbi
sayugia,
kita pun terpaksa menyerah kalah
pada alam yang marah-marah
mula bermuhasabah
dalam kedekatan qiyaamah
menimbang-nimbang fikir
aqli dan qalbi
kembali mengingat-ingat
titik detik mana kita mula
terlupa asal-usul wujud diri
tanah-air-angin-api
dalam diri kembali menjadi
manusia sejati kembali mengerti
apa kata sang semulajadi
dalam pertimbangan fikir
aqli dan qalbi
mengembalikan ihsan insani
pada fitrah manusiawi
kembali pada salam
dakapan mesra alam
terlahirlah yang alami
jadi semula diri
Berita Minggu
13.06.2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan