Sajak main-main... tak sangka tersiar...
Bermain dengan imageri setelah menguliti kumpulan puisi S.M Zakir yang penuh dengan imej-imej menarik... Imageri diilhami dari suasana tiga malam berturut-turut Singapura dilanda dentam dentum ribut petir...

cinta langit dan bumi
sesaat
petir menyambar alam, laju
mengejar hitam malam, cepat
mencumbu tanah, kuat
guruh menggegar geram,
karam!
saat langit mengalir cahaya
menumpah ke bumi
menyahut rindu menyambut cinta
bumi buat langit…
membutakan menulikan!
Harian Metro (Malaysia)
1hb Disember 2009