Ahad, 13 Jun 2010
Pertimbangan Aqli dan Qalbi
Pertimbangan Aqli dan Qalbi
sayugia,
kita pun terpaksa menyerah kalah
pada alam yang marah-marah
mula bermuhasabah
dalam kedekatan qiyaamah
menimbang-nimbang fikir
aqli dan qalbi
kembali mengingat-ingat
titik detik mana kita mula
terlupa asal-usul wujud diri
tanah-air-angin-api
dalam diri kembali menjadi
manusia sejati kembali mengerti
apa kata sang semulajadi
dalam pertimbangan fikir
aqli dan qalbi
mengembalikan ihsan insani
pada fitrah manusiawi
kembali pada salam
dakapan mesra alam
terlahirlah yang alami
jadi semula diri
Berita Minggu
13.06.2010
Khamis, 18 Februari 2010
Bahasa Tatabangsa
Isnin, 8 Februari 2010
Bahasa itu Kita, Kita itu Bahasa
Bahasa Itu Kita, Kita Itu Bahasa
kita itu
bahasa
bermulanya
pertemuan pertama
bentuk dan makna
bahasa tercipta
dari bentuk luaran
dimakna penzahiran
dalam dalaman
melahirkan
makna luaran
membentuk
kembali makna dalaman
yang memaknakan
kita
kita itu bahasa
bahasa itu kita
- Dewan Bahasa, edisi Disember 2009
Langgan:
Catatan (Atom)