Welcome to my blog :)

rss

Selasa, 24 November 2009

...Ku kan diajari Memasrahi...

Rabb,

Cinta ini Dikau Letak
Sedang hati semakin retak
menggalas suratan
Yang tidak Dikau mungkinkan…

Rabb,
dakulah debu
melayar malam-malam
tanpa cahaya…
benarkah adaku
Sebenarnya?

Benarkah wujudku?
TanpaMu
Memandang Dikau
akan daku -
sang debu belayar
dengan CintaMu
yang Dikau Letak
dalam hati semakin retak…
selalu dizikiri-mengingati
‘tiadalah diri-
diri dibebani
kecuali
ada yang diLuasi’

Sungguhlah,
Dikau Maha Agung
Lagi Maha suci
Dengan Janji Tahkiki

… Biarlah dalam sabar ku menanti
kerna ku kan diAjari memasrahi!…

5 Ogos 2008M
3 Sya’aban 1429H
2325jm

Rabu, 11 November 2009

Beza

BEZA

kalau terkaku lenggok lidah
kalau tersangkak gerak lagak
makna tersirat tertafsir terselisih

(i)
kalau terang alammu riang
alamku pula diselimuti bayang
kalau duniamu duka beserta
duniaku bahagia syurga jiwa


kalau tersilih langkah dilangkah
kalau tersimpang haluan dihala
jarak yang terpinggir tersingkir tersisih

(ii)
kalau permata katamu permata
kaca retak yang kutampak juga
kalau ternyata bicara berbeza
mengapa kehilangan sukar direla?



Telah pudar mega masa
telah pucat teja maya
ikatan yang terjurai terburai terurai

Berita Minggu (Singapura)
Februari 2008

tiada sesiapa mengubat rindulara
hanya masa jadi penawar duka
moga cepat bertemu penggantinya