Bermain dengan imageri setelah menguliti kumpulan puisi S.M Zakir yang penuh dengan imej-imej menarik... Imageri diilhami dari suasana tiga malam berturut-turut Singapura dilanda dentam dentum ribut petir...

~Daerah Puisi~
Rabb,
Cinta ini Dikau Letak
Sedang hati semakin retak
menggalas suratan
Yang tidak Dikau mungkinkan…
Rabb,
dakulah debu
melayar malam-malam
tanpa cahaya…
benarkah adaku
Sebenarnya?
Benarkah wujudku?
TanpaMu
Memandang Dikau
akan daku -
sang debu belayar
dengan CintaMu
yang Dikau Letak
dalam hati semakin retak…
selalu dizikiri-mengingati
‘tiadalah diri-
diri dibebani
kecuali
ada yang diLuasi’
Sungguhlah,
Dikau Maha Agung
Lagi Maha suci
Dengan Janji Tahkiki
… Biarlah dalam sabar ku menanti
kerna ku kan diAjari memasrahi!…
5 Ogos 2008M
3 Sya’aban 1429H
2325jm
Menari-nari Cahaya
pabila hujan tiba-tiba turun
dalam terang tengahari
berlanjutan ke petang
hinggakan senjakala
dan malam tiada bezanya
gelap gelita
basah semuanya...
aku masih mengharapkan
subuh yang menjelang nanti
tangisan langit akan terhenti
dan kunang-kunang tetap terbang…
menari-nari cahaya
sesaat hangat
dalam kedinginan
HakCipta Terpelihara: S.K. CintaZeni
.Terima kasih.